Modul Sastera Rakyat Digital (MSRD) merupakan sebuah modul dalam bentuk aplikasi digital. Karya-karya sastera rakyat direkonstruksi dalam bentuk digital bagi memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka serta mengetahui sastera rakyat. Modul ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi dalam bentuk digital bagi memudahkan pelajar untuk mengakses ilmu sastera rakyat tanpa kekangan tempat dan masa. Kepelbagaian fungsi yang menarik memberi kelebihan kepada pelajar untuk meminati karya sastera rakyat. Penerokaan sastera rakyat dalam bentuk digital ini lebih menarik dengan gabungan pelbagai aktiviti media yang terdiri daripada grafik, audio, video dan juga animasi. Semoga modul ini memberi banyak manfaat kepada para pelajar dan selamat meneroka ke dunia digital sastera rakyat
Modul Sastera Rakyat Digital (MSRD) mempunyai kerangka yang terdiri daripada tujuh komponen asal yang merangkumi objektif, isi kandungan, aplikasi, media & bahan, bentuk penilaian, aktiviti pembelajaran, teknik pengajaran dan perkakasan digital. Kesemua tujuh komponen ini dibangunkan menggunkaa pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP). Komponen-komponen yang direka bentuk melalui proses pengesahan, kebolehpercayaan dan penilaian pakar dalam kandungan Kesusasteraan Melayu Komunikatif, pakar bahasan dan pembangunan teknologi. Terapat enam peluang utama dalam perlaksaan MSRD.
- menggalakkan minat pelajar untuk mengetahui sastera rakyat
- meningkatkan motivasi pelajar untuk terlibat dengan aktiviti PdP Kesusasteraan
- sebagai bahan sokongan untuk membantu menyelesaikan masalah kekurangan bahan rujukan
- penggunaan MSRD sesuai dengan subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif
- menjadi bahan untuk menyebarkan karya sastera rakyat
- penting untuk digunakan sebagai bahan PdP
Bagi mengetahui cara menggunakan Modul ini, pelajar-pelajar boleh menonton video manual pengguna di bawah.