Seloka ini menggambarkan watak Emak Si Randang sebagai seorang yang berhati pemurah dan sanggup berkorban demi melayani tetamu. Dia dengan rela hati menyediakan hidangan buat orang dagang yang tidak dikenali, bahkan sanggup berhabisan demi menjamu mereka. Dalam keterujaannya melayan tetamu, Emak Si Randang mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya sendiri. Tragisnya, selepas para tetamu berlalu pergi, dia terpaksa menanggung kesengsaraan akibat kehabisan beras, sedangkan hasil padinya tidak menjadi. Sikapnya yang terlalu mendahulukan orang lain tanpa memikirkan akibat akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri.
Seloka Emak Si Randang
Written on 02/19/2025
effizanwahid

